I dont think she has her time for herself sebab Melda yang bekerja di rumah dengan husband pun, kadang-kadang tak ada masa nak masak, buat kerja sambil Melor breastfeed. Some say she's one lucky girl. Living in a rich family. Yes, she is lucky. But, to build an empire with a partner, so called Mr Husband is not easy. Apatah lagi nak membangunkan company yang mempunyai ramai pekerja seperti Fashion Valet dan dUCk scarf. dUCk. Ada apa dengan itik. Itik ini sangat popular di kalangan akak-akak bekerjaya dan tak lupa juga ada yang mengumpul wang demi memiliki sehelai selendang berjenama dUCk. I am one of them. Sebab tertanya-tanya apakah perasaan bila dapat menyarung sehelai tudung berlabel itik. Ya, tudung ini bukan tudung biasa. Setiap kali Melda menyarungnya, pasti ada mata yang melihat dan bertanyakan mengenai tudung ini. Sejauh 3 meter mereka dah dapat meneka jenama ini. Mereka yang bertanya pasti akan sentuh dan membelek label tudung ini. Hebat sungguh wanita bernama Vivy Yusof ini. Tudung RM800 sold out dalam masa 5 minit. Itu baru secebis kejayaan yang Melda tahu dan hari ini beliau berjaya lagi kerana Melda baru terjumpa dUCkscarf versi tiruan melalui timeline di FB hari ini. Orang tak akan heran jika jenama tudung ini suam-suam kuku saja. Wujudnya dUCkscarf tiruan ini menunjukkan bahawasanya tudung jenama ini telah berdiri sama tinggi bersama international brand yang lain.
P/s: Majulah dUCk untuk negara!
0 Comments