Malam Kemuncak GSS

Sunday, April 17, 2011

Assalamualaikum semua.. Melda bersyukur kepada Allah SWT kerana limpah kurnianya Melda berjaya menamatkan kemuncak GSS iaitu Konsert Gadis Semasa semalam. MasyaAllah I am sooo speechless to see thousand of people last night, calling my name and sang along with me. Such an amazing experience for me! Tiada satu perkataan dapat menggambarkan perasaan Melda pada malam semalam. Terima Kasih sekali lagi kerana sudi memeriahkan Konsert Gadis Semasa Sunsilk. Melda rasa memang ramai yang terhibur pada malam tu sebab dengan adanya barisan artis terkenal iaitu Yuna, Ella, Hujan serta One Nation Emcee. Crowd memang sporting habis and they're all very supportive. Pada mulanya memang Melda sangat risau, ada ke orang nak sing along dengan Melda mlm ni?? Rupa-rupanya ada. Alhamdulillah.. Di kesempatan ini juga Melda ingin mengucapkan JUTAAN Terima Kasih kepada SUNSILK kerana percaya dengan bakat Melda serta memberi peluang keemasan ini kepada Melda. Melda tau, ramai lagi orang di luar sana yang lebih berbakat, dan menantikan peluang yang sebegini. Mungkin rezeki anda akan sampai suatu hari nanti InsyaAllah. Cuma anda kena yakin pada diri sendiri jangan bazirkan bakat yang ada, just let it out and make people see. Yang paling penting, nawaitu kena betul, jangan hanya nak kejar glamour semata-mata. Glamour hanya indah khabar dari rupa. Percayalah. Kita kena sentiasa niat kerana Allah. Ok, berbalik kepada malam konsert, Melda rasa tak percaya kerana nampak ramai teman-teman lama Melda yang sudi hadir siap berhimpit-himpit lagi. Itulah yang membuatkan Melda lebih semangat lagi dengan kelibat-kelibat media yang hadir serta tak lupa juga pada keluarga Melda yang sangat supportive. :D I want to make em proud of me. Tapi sebenarnya belum betul2 berjaya lagi pun hehe. Sijil diploma pun belum genggam lagi, InsyaAllah next year. Ameen. Ok dan tak lupa juga terima kasih kepada WAKETHEBABY abg Ajai, Kak Liza, Atie *these ppl helped me a lot, crew2 stage/soundsystem, sessionist AG coco (lead), my second family REDCOMTEAM i love you! , main cast Gadis Semasa Sunsilk i love you jugak, serta my 'Mechawesome' because he has been a SUPERDUPER GREAT manager. Do share the videos/pictures yang korang ada ambil pada malam konsert GSS di facebook.com/MeldaAhmadOfficial.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe

Followers

Youtube Channel