Dah berubah yang luar, bila nak berubah yang dalam?

Thursday, December 27, 2012

Berubah, bukan senang nak berubah jadi baik. Semua orang kalau boleh nak jadi baik. Tapi apa yang mereka lakukan untuk jadi baik? Berniat, tetapi secara fizikalnya tak melangsaikan niat tersebut. Jadi sampai bila nak terus berniat sahaja? Ada orang berubah di sebabkan faktor-faktor tertentu. Ada yang dapat mimpi, ada yang di sebabkan pengalaman lalu, ada di sebabkan keazaman diri. Dah berazam nak jadi orang yang baru dan lebih baik. Mimpi dan pengalaman itu adalah satu 'wake up call' untuk seseorang itu yang menyebabkan dirinya ingin berubah. Tapi, kalau tak dapat 'wake up call' tak ada keazaman diri, bilanya nak berubah? Have u ever asked yourself about this? Have u ever pray about this? Pernah tak kita perasan yang orang di sekeliling kita juga dah berubah? Yang dulu baik, kini sudah renggang ikatan persahabatan, yang dulu jauh, kini makin dekat silaturahimnya. Yang dulu nakal kini baik budi pekertinya, yang memang baik semakin angkuh dengan ilmunya. Jadi apakah yang baik akan terus baik, dan yang nakal akan terus nakal? Percayalah kita akan terus berubah tanpa kita sedari. Semuanya, berubah. Berdoalah untuk jadi lebih baik.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe

Followers

Youtube Channel