Cara Ketip Kuku Bayi Dengan Cermat!

Tuesday, September 06, 2016


Ya Allah seriau tau bila teringat kali pertama potong kuku melor. Pernah sekali terketip isi sekali. Allah je tahu bagaimana perasaan masa tu. Dia baru berapa bulan je masa tu. Menangis dia sekejap je tapi mak dia yang over tau. Rasa bersalah sangat! Sangat-sangat! Pernah juga mak tolong ketipkan pun terketip isi juga buat kali kedua. Nak marah pun mak sendiri. Terus tak bagi dah sesiapa nak ketip kuku Melor masa tu. 
Di sebabkan kes ni, terus buat research cara memotong kuku bayi dengan selamat. Terjumpa sejenis gunting yang bucunya bulat. Baca blog ramai yang syorkan guna gunting ni daripada pengetip kuku. 
Alhamdulillah, semenjak guna gunting jenis ini, tak ada dah masalah terketip isi kuku Melor. Buat ibu-ibu baru, belilah jenis gunting ya. Tak kiralah mata awak tajam ataupun ada kanta sekali pun pada pengetip tu, malang tidak berbau.
Sampai sekarang tak boleh lupa kejadian tu :'(
Mommy truly sorry melor.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe

Followers

Youtube Channel