Nor Haliza Ghazali, 35, atau lebih dikenali sebagai Mama Lix merupakan pengusaha kepada produk makanan sihat untuk bayi & kanak-kanak, Baby Eats by Justlixa (BeBJ®). Memilih tagline "Panaskan jer", memberi gambaran mudah bagi penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak ini. Mempunyai jumlah pengikut lebih 60,000 di Facebook dan 43,000 Instagram yang terdiri daripada ibu bapa bekerjaya, Mama Lix juga tidak lari daripada menerima kecaman daripada netizen terhadap perniagaan yang dijalankan olehnya. Menurut beliau, selain daripada menggalakkan mak-mak menjadi pemalas kerana tidak perlu memasak makanan bayi, ada juga yang menyuruh beliau menukar sahaja bisnes lain dan mempersoalkan kebersihan semasa pengendalian makanan dilakukan.
Kritikan Sebagai Kekuatan
![]() |
Kredit: Utusan Malaysia |
![]() |
kredit: Harian Metro |
Teliti untuk Memberikan Hasil Berkualiti
![]() |
Petikan di FB |
Selain daripada menghasilkan variasi menu makanan yang sedap, berkualiti dan berkhasiat, beliau juga sering memberikan tips pemilihan buah-buahan dan sayur-sayuran di sosial media. Jadi tidak hairanlah jika BeBJ® kini mempunyai lebih 40 000 pengikut di media sosial yang turut terdiri daripada para pelanggan setianya. "Disebabkan para pelanggan setia jugalah mengapa BeBJ® masih bertahan sejak 2013 sehingga kini. Saya percaya jika niat kita ikhlas dalam berniaga dan menitikberatkan soal kebersihan, InshaaAllah, perniagaan akan berjalan lancar lebih-lebih lagi kita mahukan sumber makanan yang halal dan baik ke dalam perut anak kita," Ujar beliau lagi.
Pencarian Agent & Stockist BeBJ®
Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, BeBJ® yang dahulunya beroperasi dari dapur rumah kini telah mempunyai HQ di Mutiara Damansara serta mempunyai Stockist, Outlet dan Agent di seluruh Malaysia. Sehingga kini, beliau masih mencari Stockist dan Agent yang betul-betul berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga BeBJ®. "Alhamdulillah, kami juga dapat berkongsi rezeki bersama para agent yang majoritinya terdiri daripada surirumah sepenuh masa," kata beliau. Antara syarat-syarat wajib untuk menjadi agent BeBJ® adalah perlu mempunyai peti ais khas bagi menyimpan stok makanan bayi serta perlu tahu cara mengendalikan makanan sejuk-beku.
Jika ada yang berminat untuk menjadi agent BeBJ®, sila hubungi melalui whatsapp 012-4045753 (Syahadah). Sekiranya anda tinggal disekitar Klang Valley boleh singgah ke HQ BeBJ® yang terletak di Mutiara Damansara.
Website BeBJ® baru sahaja dilancarkan! Layari http://www.bebj.com.my dan dapatkan jadual makan comel ini secara PERCUMA dengan melanggan maliling list BeBJ®!
Facebook: www.facebook.com/BabyEatsbyJustlixa
Instagram: www.instagram.com/BabyEatsbyJustlixa
Twitter: www.twitter.com/bebjmalaysia
0 Comments