Miss youuuuu guys!

Thursday, December 16, 2010

Mak aii lama gila tak update blog ni. Sorry sgt, melda busy dengan, ehem! adalah.. haha Mungkin some of you ada yang dh dpt clue sikit2. Jadi tggu bulan January 2011 okay! Masa, kat mana semua nanti melda update lagi. Btw, tahun depan dah 2011 pejam celik pejam celik tahun depan melda dah 20 tahun. Mengikut misi melda di tahun 2011, melda nak pakai tudung masa harijadi yang ke- 20 iaitu pada tanggal 23th October 2011 nanti. Tak sabar dah nak pakai tudung, currently melda tgh dok usha lagi shawl2 warna yang menarik. Tapi kalau anda semua tertanya tanya, kenapa nanti? Kenapa tak sekarang pakai tudung? Melda kalau boleh, nak melda yang tentukan dengan seikhlas hati, tak nak nanti, pakai-bukak, pakai-bukak? Buat org mengata je betul tak? Melda nak pakai atas kerelaan hati sendiri bukan kerana mak, bukan kerana orang lain. Melda pun dah buat research psl fashion hijab, almaklumlah baru2 ni ada org post bersanggul tinggi salah walaupun masih menutup rambut. MasyaAllah.. itu kira bagus lah kan masih menutup aurat betul tak? Some more melda jenis cepat migrain, so melda xboleh ikat rmbut agak ketat dan anak tudung pun kena selesa. Alhamdulillah, melda dah jumpa anak tudung yang selesa korang boleh lah pergi ke ARZU. Dorang ada jual anak tudung cotton yang fully tutup kepala. Kalau tempat lain ada, tapi tak tutup semua. Contoh kat bwh:

*credit to lunafantacia.blogspot.com

Melda lebih suka yang tutup macam ni, boleh avoid rmbut terkeluar.
better than below. Tapi tengok orang juga, lain orang, lain citarasa kan?

*credit to groommepretty.com

Kawan2 melda pun ramai dah pakai tudung dan fashion mereka juga sangat unique. Siapa cakap orang bertudung tak boleh berfashion betul tak? Cuba kita tengok Yuna dan Hana Tajima. Baru2 ni pun MAYSAA telah memperkenalkan beberapa fashion yang fresh untuk mereka yang bertudung. Ini secara tak langsung dapat menarik ramai lagi org untuk bertudung. Melda pun ada jugak bertukar pendapat dengan rakan bagaimana cara untuk mengikat tudung supaya kita lebih selesa. InsyaAllah, satu hari nanti melda nak bukak butik khas untuk para remaja muslimah yang gemar berfashion. Tahun 2010 merupakan tahun yang banyak memberi rezeki kepada Melda. Mula2 dapat masuk IPTA, dapat keputusan yang cemerlang, diterima bekerja, dan kemudian dapat... haa yang ni tak boleh bagitahu lagi. tunggu 11th January 2011 okay? Salam..

P/s: Get well soon sayang!


You Might Also Like

6 comments

  1. oho..cian mech ye..
    cane leh demam..main ujan ke?..
    ko la xjage die meda..huhu..
    send regards to him..
    get well soon ya!..

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah . kita pun nak jugak nnt . tapi tatau bila . haih

    ReplyDelete
  3. wish u luck....gadis semasa yang bertudung sangat cantik..i hv friends yg suke pakai tudung/shawl cantik2 nih..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam...

    hai dear Melda..gudluck for gadis semasa girl...ada entri khas for u kat blog saya..klu lapang baca la ye.. ^__^

    http://whoisgadissemasa.blogspot.com/2011/01/ini-dia-gadis-semasa.html#more

    ReplyDelete
  5. salam saudari...inilah melda ahmad dlm gadis bersama sunsilk..saya sangkakan cerita tu hanya rekaan semata-mata..tahniah saya ucapkan..saya amat tertarik dengan post saudari yg menyatakan bahawa saudari ingin memakai tudung,bersyukur kpd tuhan krn telah membuka hati saudari untuk memakai tudung,seungguhnya kamu amat beruntung kerana tidak semua wanita muslim yang ingin memakai tudung(pilihan Allah)...insyallah,segala niat yang baik itu Allah akan redhai dan buatlah sesuatu perkara itu kerana Allah kerana padanya kita akan peroleh ketenangan..di sini sekali lagi ingin saya ucapkan tahniah kpd saudari terhadap perubahan yang ingin dilakukan oleh saudari dan juga peluang baru saudari dlm bidang seni...tambahan mengenai perempuan yang memakai tudung tetapi membuat sanggul..di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yg saya ada mengenainya:
    Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : "Ada dua golongan yang bakal menjadi penghuni neraka iaitu pertama golongan penguasa yang mempunyai cemati-cemati bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.Ini bermaksud, penguasa yang zalim. Kedua, perempuan yang hanya berpakaiaan tetapi sebenarnya dianggap bertelanjang iaitu membogel, berlenggang-lenggok sewaktu berjalan dengan menghayun bahu.Kepala (sanggul) mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidaklah akan masuk syurga dan tidaklah akan cium bau wanginya dan sesungguhnya kesemerbakan bau syurga itu sudah tercium dari perjalanan sekian dan sekian (amat jauh terhidunya)".
    bukan niat saya untuk menakut-nakutkan..sekadar berkongsi ilmu....mungkin di sini shj perkongsian saya muga2 kita boleh bersua lagi dan ingatlah sekiranya menghadapi masalah atau apa2 ujian mengadulah kpdNya..insyallah,hany Dia yang mampu menenangkan hati kita ini...maaf atas segala-galanya...salam

    ReplyDelete

Subscribe

Followers

Youtube Channel