Indahnya bulan ramadan

Monday, July 29, 2013

Seperti tajuk post di atas, ramadan 2013 sangat bermakna. Kenapa? Allah hadirkan situasi di mana Melda sendiri tak pernah terfikir akan mengalami situasi ini. Situasi yang amat berat dan pedih. Tetapi Allah itu Maha Bijaksana. Dia tidak akan sesekali mendatangkan sesuatu yang kita tak mungkin tak boleh hadapi. Pada masa itu, Allah sahaja tempat mengadu. Barulah dada ini terasa lapang, dan buat kita berfikir dengan lebih matang. Pada waktu itulah, baru Melda faham erti istikhara yang sebenar. Tiada masa yang sesuai untuk melakukan istikhara, buatlah sebagai solat sunat harian juga kerana Allah sahaja yang tahu jalan yang terbaik buat kita dari segi apapun. Jawapan itu tidak semestinya akan datang dari mimpi, tetapi hati.

Firman Allah ta’ala : ” Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal “

You Might Also Like

0 comments

Subscribe

Followers

Youtube Channel