OFFICIALLY A PUAN! (Tips Jimat Kahwin di Rumah)

Monday, January 06, 2014

Assalamualaikum... Ini adalah post pertama saya sebagai seorang Puan :). Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya selama ini. Jadi buat mereka-mereka di luar sana, jangan putus asa untuk terus berdoa. Berusaha juga perlu, doa itu senjata orang mukmin. Dulu Melda pernah terfikir kalau nak kahwin, kena tunggu kerja dulu, tak pun habis degree baru boleh kahwin sebab nanti "kalau-kalau" terjadi apa-apa, kita masih ada pendidikan untuk survive. Namun, kalau nak tunggu duit banyak, tak ada target masa, sampai bila pun tak akan cukup. Betul, mula-mula memang pening pasal duit. But when you set your nawaitu, Inshaa Allah there is a way, janganlah risau. Sebab, mengikut Syara' Islam, "Nak kaya, nikah." Kahwin ni memang sangat memerlukan duit sebab kita niat nak bersedekah bagi orang makan meraikan hari bahagia kita. Untuk yang MAS (Mak Ayah Support), ketahuilah, kamu sangat beruntung! Namun, buat mereka yang perlu mengeluarkan 'budget' sendiri seperti saya, listkan tetamu yang SUPER PENTING SAHAJA. Sekali lagi, SUPER PENTING ONLY!. Siapa dia super penting tu? FAMILY, JIRAN, CLOSE FRIENDS. Dah, itu sahaja. Ketahuilah, mereka yang tiada dalam list anda akan muncul juga walaupun tiada kad di terima dan juga 'ajak mulut'. Untuk yang macam ni, kita perlu fikir positive, sebab tak semua yang kita invite akan hadir. Untuk resepsi belah Melda, Melda ordered 800pax. Saudara Melda Super ramai! Kad yang ditempah cuma 300 keping sahaja. Itu pun cuma dalam 200 yang sempat disampaikan due to exams and class.  Oh sebelum Melda terlupa, setem untuk pos sekarang ini minima harga adalah 60sen ya sekeping. Dah tak ada dah orang guna setem 20sen/30sen. Kad kahwin Melda design dan print di kedai printing sendiri dengan menggunakan artcard 260gsm bersaiz A5. Jadi, jangan spend so much pada kad kahwin, cari yang murah sahaja sebab tempatnya nanti didalam tong sampah juga. Gunakan teknologi yang ada, jimat masa dan wang. Semua orang dah ada smartphone. Create Event di Facebook anda untuk melihat jumlah RSVP yang bakal hadir. Dari situ kita dapat menganggarkan jumlah untuk gift nanti. Melda juga menggunakan Whatsapp 'broadcast' gambar kad kahwin berserta ayat jemputan ke majlis perkahwinan. Lagi senang mereka nak respond hadir atau tak. Seterusnya kita akan sentuh bab budget. Rata-rata budget untuk perkahwinan di rumah tak lari dari 10k-20k ini bergantung kepada jumlah tetamu. Macam Melda, Melda memilih rumah kerana Melda lebih selesa dan mudah untuk kawan-kawan/saudara-mara nak lepak lama. Kalau di dewan, habis masa kena balik dah, orang dewan/catering nak clear meja. Melda juga memilih resepsi pada malam hari. Ini kerana waktu malam lebih singkat untuk elak 'over' guest. Kalau waktu siang rasanya 800pax tu alamat memang tak cukuplah gamaknya. Melda sangat bersyukur adik-beradik saudara-mara serta ibubapa sangat bermurah hati nak sponsor itu ini. Yelah, inilah masanya untuk mereka bersedekah. Hmm dah spend untuk makanan, harga catering contohnya dalam RM12.90/pax. Tetamu 800 orang. Kira lah sendiri berapa totalnya. Itu untuk makanan sahaja. Namun, Melda nasihatkan jika anda ada rukun tetangga untuk merewang kenduri anda, lebih jimat jika merewang daripada catering. Barang mentah anda yang beli sendiri cuma bayar ikhlas atas pertolongan mereka merewang. Bukan apa, merewang ni meriah sikit, makcik-pakcik ni pun enjoy merewang bergotong-royong, makanan pun sentiasa ada hehe :p Berbalik pada catering tadi, selalunya harga pakej termasuk sekali dengan khemah. Anda harus 110% rajin untuk mencari catering yang termurah dan terbaik! Ini adalah majlis perkahwinan anda, orang kata "once in a lifetime" kita nak hari ni jadi sangat memorable bukan horrible.  Seterusnya, hmm dah spend makan, kena bagi hadiah 'ingatan' untuk para tetamu pula. Bab ini ada banyak sangat cara, cuma rajin tak rajin sahaja. Pada kebiasaannya orang Malaysia kita suka bagi bahulu, "cikedis", cawan etc. Kos each pun paling murah dalam RM1.50 itu pun kena beli banyak dapat la lebih murah. Macam Melda, Melda fikir apa yang orang tua pun makan, budak-budak pun makan, jadi semua dapat sama. Jadi Melda pun terus google "MUFFIN MURAH" hmmm tapi hampa paling murah RM1.90 (tanpa packaging) target Melda nak dapatkan harga RM1.50/each sebab nak beli lebih sikit boleh la orang bawak balik 2 ke 3. Idea Muffin ini dapat daripada majlis perkahwinan anak rakan papa. Mereka tauke kurma. Jadi kurma diletakkan di dalam bekas comel ada 4 biji setiap satu. Eh tu kurma bukan muffin. Idea muffin tu datang bila melihat bekas comel tersebut. Majlis perkahwinan di hotel pun selalunya mereka akan beri kotak comel berisi coklat. Cuma kadang-kadang 'mak-mak' ni suka sangat fikir pasal orang mengata. Biarlah orang nak mengata, asalkan kita tahu kita ikhlas dan itu yang termampu dan tak menyusahkan orang lain. Kadang-kadang kita je over thinking, padahal orang tak kisah pun, benda free kan. Pertelingkahan dalam persiapan perkahwinan itu biasa, sebab kita ni berbeza pendapat. Itu biasa. Nanti dah habis majlis nanti tak ada siapa pun akan kisah, trust me. Dari segi hantaran pula, banyakkan makanan. Tak perlu hantaran yang nak 'show off' pada orang. Macam Melda cakap tadi, nobody cares, set balik nawaitu. Kita kahwin bukan nak impress orang, kita nak mereka hadir meraikan kita. Pedulikan bunyi2 sumbang. Duit boleh di jimat untuk lepas kahwin nanti. There is more to come lepas kahwin. Janganlah sebab nak kahwin sampai buat loan. Lepas kahwin nanti terikat dengan nak bayar monthly semula. Kahwin should be simple and easy. Lihat kemampuan diri. Di bawah ini Melda akan share ideas dan tips. Kepada mereka yang membaca dan akan melangsungkan pernikahan tak lama lagi, semoga segalanya berjalan dengan lancar dan diredhai Allah. Inshaa Allah.

1) Jika budget anda dalam 5k, cukup sekadar majlis nikah di Masjid. Ambil gambar dan sebarkan di FB bahawa anda telah berkahwin.

2) Jika anda jenis tak banyak cerewet malas nak fikir panjang, cari sahaja pakej lengkap 10k-15k. Rajinkan diri untuk ke pameran pengantin, festival pengantin etc.

3) Gift Melda, Gardenia Quick bites Muffin Rm1.70/sepeket ada dua muffin. Email/Call terus ke kilang Gardenia dan buat tempahan. Jika kuantiti banyak memang akan dapat murah. Visit this link untuk order http://www.gardenia.com.my/contact.html call +(6)03-55423228.




4) Kalau macam kotak gift etc, siapa stay Klang Valley boleh visit Alam Sentral Shah Alam. Naik tingkat 3 bersebelahan dengan Hot Market. Melda tempah veil kat situ. Tempah baju kat situ murah. Aksesori untuk baju pengantin pun ada. Serba lengkap untuk perkahwinan (sorry lupa nama kedai).
Seterusnya boleh visit LATUR di Alam Avenue Seksyen 16, Shah alam.

5) Untuk memeriahkan lagi suasana serta 'makanan standby' takut nasi lauk tak cukup, boleh panggil abang charkueytiow (Fahmie 013-2026850) dan satay (saiful 017-2580768) bakar dirumah.



6) Jika khemah catering tak mencukupi, rate standard untuk khemah arabic (scallop+alas meja+sarung kerusi) RM300/khemah. For Shah Alam area boleh call (Faezi Canopy 012-6563202).



7) Pelamin termurah yang simple Melda pernah jumpa mini pelamin harga rm300. Kalau pelamin untuk bersanding dengan fresh flowers cuma rm800. Boleh visit ig @Pearl_Art_Creative. Pelamin Melda dari BMBWEDDING, can be consider as one of the affordable pelamin sebab Melda memang tak plan untuk bersanding, cuma tempat untuk bergambar sahaja dan theme yang Melda request adalah garden (grass backdrop).


8) Hmm apa lagi, baju kalau nak tempah murah dalam rm400 (bergantung pada design) di Bangunan Mara Kuala Lumpur. Kalau nak rasa designer touch Melda syorkan pereka baju kahwin Melda Kashfi Zulkufli. Apa yang best dengan Kashfi ni, dia boleh dengar apa yang kita nak dan dia akan improvise bagi bertambah cantik :) Baju Melda ni Melda tambah sedikit ombre blue effect. Yang ni Melda memberi sepenuh kepercayaan kepada @27legacytiedye. Dorang ni memang expert bab celup-celup ni. Siapa yang berani boleh cuba buat kat wedding gown korang juga :)



9) Untuk makeup pula, lebih elok kalau kita perempuan guna MUA perempuan juga. Senang, lepas ambil air sembahyang, makeup then terus solat. Kalau lelaki kena pakai sarung tangan. Tapi ada juga MUA lelaki yang tak suka pakai glove. Ingat ya, walaupun berkahwin, solat harus di jaga untuk majlis lebih diberkati. Kalau majlis malam selepas isyak boleh la guna MUA lelaki, makeup setelah selesai solat maghrib. Gambar kiri (reception) hasil sentuhan Sahir Sabri 011-16012617 dan gambar kanan (nikah) oleh Diana Ahmad 0192010205. Kedua-dua MUA ini memang kena book cepat sebab harga mereka sangat berpatutan! Inshaa Allah tak lebih dari rm500/per makeup.

10) Photographer. Ya Allah bukan murah ya kalau nak dapat shot yang cantik-cantik untuk hari perkahwinan ni. Minima harga RM1500 itu belum video lagi. Nasihat Melda, kalau boleh, cuba nego harga untuk Shoot tanpa edit beserta DVD sahaja. Bab edit-edit jangan risau, hantar je copy td ke kedai gambar untuk print, biasanya mereka akan touch up sikit. Photographer Melda pada hari itu adalah (IQY  012-2717619) from RACPHOTOGRAPHY yang single dan sedang mencari :p Dia sangat creative dan dia tau shot yang menarik untuk anda. Highly recommended! 



11) Fresh flowers. Untuk hantaran, bunga tangan, deko bilik tidur, dan meja tetamu lebih afdal jika kita DIY. Save sangat-sangat berbanding hire orang macam Melda cakap tadi, cuma rajin tak rajin je lah. Ok bunga fresh murah boleh didapati di Weng Hoa Flower Boutique +603 2032 5288 terletak dekat dengan Petaling Street, KL. Kedainya juga dah nak hampir Central Market. Pandai-pandailah waze ya? Nak lebih murah, gunakan saja bunga kekwa yang dijual di hadapan kuil india. Itu pun bunga fresh. satu tangkai tak sampai RM2. Yang bestnya satu tangkai kembang banyak bunga :)

12) Good PA System/Sound System peeps listens to you and play your favourite songs. I highly recommend TSF (TheSyedFaeez)  017-6667738 rate jimat yang mengejutkan.  

Sekian.


Terima Kasih 

kerana menyediakan makanan yang sungguh enak. Daging dendeng dia memang kick!

kerana ambience lampu khemahnya sangat memberi mood romantis pada malam itu

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam mel...blh x nk sewa bju resepsi mel..cntik gile!

    ReplyDelete
  2. Salam mel sy mencari sampin color mint green sebenarnya.. Mana ya awk beli?? Blh x awk bg email awk sb xtahu cmana nk contact awk.. Tq mel

    ReplyDelete

Subscribe

Followers

Youtube Channel