Tips Travel Bersama Anak (tanpa Suami)

Thursday, April 06, 2017



Bismillahirahmanirrahim.
Post ini Melda share sebab Melda telah berjaya membawa si kecil Melora pada umur beliau 6 bulan ke bangkok bersama kakak ipar tanpa SUAMI bersama. Walaupun berteman namun tak sama dengan adanya kekuatan seorang yang bergelar lelaki untuk merangkul segala bag2 dan stroller 😂.


Jom melda sharekan tips dan babygear yang sangat membantu masa Melda di Bangkok tempoh hari.

1) Prepare Babygears
Masa Melora 6 months ni, Melda banyak guna Ringsling, sebab belum beli Soft Structured Carrier (SSC). Make sure guna yang Ergonomic tau sebab kita nak dukung dia agak lama.

Melda gunakan Yoyo Stroller memang ringan dan senang lipat. Stroller kalau dekat airport memang penyelamat sebab boleh letak bag sekali :D dan kita juga boleh tolak stroller sehingga ke pintu pesawat. Dh sampai depan tu eloklah lipat, dan biar crew masukkan ke tempat yang sepatutnya sebab ada juga yang bawa masuk letak dekat compartment atas. Boleh juga sebenarnya, but for me, I just want to have a stress free nak angkut masuk dalam dan nak angkat letak atas compartment tu.

Kalau tinggal di pintu pesawat, crew akan simpan di bahagian luggage. So nanti dah sampai, terus ambil stroller dekat bahagian bagasi. I, will vlog about this. dah follow Femes Famili?


Melda suka Ringsling dulu sebab can turn this into blanket juga mcm Melor tgh pegang tu. Ni gmbr di Gedung Kain di Bangkok. Kot ada yang tak tahu ringsling tu macam mana, dia mcm ni 
 maaf di atas kualiti gambar yang agak blurr di situ.


2) Pack Light



Nak pergi berapa hari? tak perlu bawa benda merepek-repek. kalau melda, melda suka buat research dulu berapa kos lampin pakai buang di negara tersebut. kalau mahal memang terpaksalah angkut diaper satu pack. Alhamdulillah as a fully breastfeeding mother, tak perlu nak bawa banyak barang sangat :D Baju di Bangkok pun super murah jadi melda banyak bawa baju Melor sahaja. hehe.

 3) Prepare Baby Finger Food



 Sebab melor baru-baru sangat start makan. Melda cuma prepare some dried fruits mcm kismis or kurma. Avoiding liquid is better.

 4) Pilih seat mudah akses
Dulu sebelum ada melor memang suka sangat duduk dekat tingkap pesawat. Dah ada anak ni, kalau boleh, mommies pilih la seat yang mudah akses dekat dengan toilet dan mudah keluar untuk ke toilet. Kalau naik Air Asia tu, minta seat C ketika check-in di kaunter.



Oh sebelum terlupa, diatas pesawat, baby akan dapat satu seatbelt extra yang boleh attach dengan seatbelt mommies. Seatbelt melor tertutup pula dengan emergency card tu :p


Inilah kakak ipar saya, muda remajakan? Tauke jamu tau! Korang mesti terkejut dengar umur dia sebenarnya berapa.

 5) Jangan lupa doa mohon dipermudahkan
 





You Might Also Like

0 comments

Subscribe

Followers

Youtube Channel