Pengalaman bersalin di Hospital Umra Ogos 2015

Sunday, November 01, 2015

Assalamualaikum para bakal ibu dan ayah. Wait, how do i know yang tengah baca ni para bakal ibu dan ayah? Hehe because I was just like you duk meng'google' survey sana sini review mengenai Hospital yang bakal bersalin nanti. Sebelum saya menceritakan perihal nak bersalin tempoh hari, izinkan saya mengucapkan kata-kata syukur kepada Allah SWT. Alhamdulillah saya berjaya melalui proses bersalin normal walaupun dengan bantuan vakuum. Proses bersalin pada saya amat singkat, suami kata dalam 15 minit baby dah keluar. Alhamdulillah. =) Rajinlah berdoa, jangan skip solat walaupun tengah dalam contraction, gigihkan diri. Untuk pengetahuan, jika ada sedikit darah keluar semasa contraction, itu merupakan darah Istihadhah, jadi kita masih wajib solat. Sila rujuk post berikut https://www.facebook.com/Piicm.Malaysia/posts/342525852529012.

Kenapa Melda pilih Umra instead of KK? Sebab masa preggy dulu, Melda masih study di semester akhir. Jadual agak padat pagi sampai ke petang, kadang-kadang malam every mon-fri. KK by appointment normally pagi/tghr jadi agak sukar pada Melda. Di Umra agak fleksibel, until 10pm but of course, you have to spend more. DEMC pula agak ramai orang compared to Umra.

Melda supposedly EDD pada 9 Ogos 2015, tapi baby seronok berenang dalam perut, tak ada sakit apa pun, elok je duduk dalam tu sampai naik risau dibuatnya. Kat Umra, Melda memang checkup every month w/o failed since I first do the 2D scan for confirmation. I read a few blogs ada je mommies yang skipped monthly checkup. Almaklumlah, first baby kan, kita excited nak tau perkembangan baby kita. Checkup bulan ketiga hari tu, saya di warning oleh Doctor tak boleh skip sebab masa tulah dorang nak buat detailed scan untuk tahu jika ada sebarang kecacatan pada bayi misalnya bayi sumbing etc. So, please jangan skip the 3rd month detailed scan tu tau! Selalunya normal checkup w/o medication or laboratories involved (contohnya check darah) below rm100 sahaja. Kalau ada diberi ubat, around rm120. For 3D/4D scan around rm180-rm200. So nak senang standby lah rm200 masa checkup tu, but no worries, nurse akan beri tahu bila nak kena buat 3D/4D scan ataupun ambil darah. So next checkup dah boleh budget how much you'll be charge. Normally checkup akan diadakan every month, sampailah dah nak dekat due date nanti checkup dipendekkan ke 2 minggu sekali atau seminggu sekali bergantung pada kondisi ibu/anak.

9/08/2015
Berbalik pada cerita nak bersalin tadi, pada tanggal 9 Ogos 2015 (40 weeks) which is supposed to be my due date, Melda and husband pergilah menyerah diri ke Umra. Doc check dah ada bukaan, 1cm! Oh itu merupakan selukan pertama yang ku rasa. Sebelum tu duk baca orang kena seluk, ada yang kata sakit, ada yang kata tak sakit. Bagi Melda, memang sakit! terus tahu macam mana rasa 1% of contraction pain. Terus rasa nak poopoo lepas tu. Ada sedikit tompokan merah lepas kena seluk, Doc explain, it is normal. Sorry bukan nak menakutkan, actually for me, seluk tu bagus, dia membantu mempercepatkan bukaan. Oh ya, lepas kena seluk terus nurse akan assist ke bilik lain untuk check jantung bayi. Nanti akan ada one machine and nurse akan wrap the sensor kat perut kita. Duduk la dalam bilik tu around 15 mins. Doc pun pesan dekat suami datang balik Umra within 2 days, kalau tak sakit juga maybe kena induce sebab chances baby dah matang untuk berak dalam perut tinggi. What happen bila baby dah berak dalam perut? Baca ni Jika Bayi Berak Dalam Rahim dan Doc suruh bawa isteri berjalan-jalan bagi cepat bukaan serviks. Kebetulan kakak Melda ada sekali masa tu, Kakak Melda suggest nak bawa Melda tawaf Setia City Mall hehe :p Gigih la tawaf Setia City Mall dengan tengah-tengah sakit mild contraction time tu. Tengok Sale dekat Zara terus lupa sakit! LOL Dalam tempoh dua hari nak menunggu next checkup, Melda dah turun tanda which my Mucus Plug dah keluar. Mula-mula lendir bersama darah, kemudian dia akan menjadi kekuningan dan ianya amat likat sekali, u can tell it is not keputihan normal.

11/08/2015
Dua hari telah berlalu,
Melda pun bersiap-siap, check balik ada lagi tak keperluan yang perlu di bawa ke Hospital. Actually dah standby barang-barang nak ke Hospital dari minggu ke-37 lagi. Yelah mana nak tahu dah nak bersalin nanti tak ada lah nak suruh suami kemas itu ini. Nanti confirm dia blurr tak tahu nak bawa apa. Jadi bakal-bakal ibu, standbylah barang-barang awal ya. Later on Melda list down apa yang perlu dibawa. Seminggu sebelum due date memang Melda dan suami dah standby balik rumah parents di Shah Alam, jadi sebelum nak serah diri second time ni, dah salam cium mak semua, dia pesan janganlah suruh Doc induce, jangan dipaksa katanya. Kalau boleh memang tak nak induce, tapi kalau dah terpaksa sebab dah terlebih masa kan. Sebenarnya proses bersalin boleh berlaku antara 38-42 minggu. Ikutkan memang nak tunggu sampai 42 minggu tapi kepala ni duk risau kalau-kalau baby dah berak nanti dia lemas pulak T T. Tiap-tiap hari duduk sapu perut tanya dia bila laa dia nak keluar ni, Mommy dah stress semua orang dah tanya "bila bila bila??" -___-'. Ok setelah sampai di Umra around 8pm plus sebab kelmarin Doc said datang after maghrib, first time Melda berjumpa dengan Dr Ummul (wife to the founder Dr Rafi). She is very good in explanation. Melda syorkan sesiapa yang dapat checkup dengan Dr Ummul please ask her anything that you need to know about pregnancy sebab selalunya Melda checkup petang, mungkin dia bertugas pada waktu malam sahaja. Dr Ummul pun check bukaan, dah 2cm, alhamdulillah ada progress hasil setelah tawaf Setia City Mall, Sunway Pyramid, Tasik Shah Alam dan juga exercise turun naik bangku kecil :) Dr Ummul pun kata Alhamdulillah kepala bayi dah engage, position good mungkin esok atau lusa Melda dijangka bersalin. I was like hmm kena tunggu lagi lah ni. and she asked "kenapa awak nak induce ke?" dan suami saya pun bersuara bertanyakan is there any chance untuk beranak normal risau lah kan kalau Caesar the cost we never know. So Dr Ummul pun explain when and why they have to do the Caesarian Operation. Melda akan pointkan di bawah, tapi sebelum tu, bila baca review and ask about others opinion pasal Umra, dorang tak habis-habis cakap yang Umra ni nak Caesar jer, becareful lah and so on. So bila dah dengar daripada mulut Dr sendiri now i truly understand. Btw, jawapan kepada persoalan suami saya tadi adalah "I dont know".

Emergency Ceasar akan dilakukan jika:

-Ketuban dah pecah namun serviks tak ada progress bukaan setelah diberi oxytocin.
-Ibu dah tak ada tenaga untuk push baby keluar walaupun dah dibantu dengan forcep/vakuum.

Jadi konklusinya di sini, kondisi ibu itu sendiri yang bakal menentukan samada bersalin secara normal mahupun caesar. Doc of course nak bantu selamatkan kedua-dua nyawa, that is their job. Tak hairanlah kenapa Dr Ummul tak boleh nak jamin samada Melda bakal bersalin normal atau tidak. Sesungguhnya kita hanya merancang, cuma Allah sahaja yang tahu pengakhirannya. Dr Ummul pun pesan jika para bakal ibubapa risau tentang kos perubatan di Umra untuk bersalin Caesar, dia syorkan untuk pergi ke Hospital Sungai Buloh kerana di sana ada kelengkapan jika bayi dah berak dalam kandungan serta they got specialist mom and babies di sana compared to other gov hospital. She said even private hospitals akan rujuk ke sana if the mom got any complication yang sometimes the private hospitals tak ada machine or kepakaran tu. Harap this will be some knowledge to the future mummies out there ya.

Continue balik lepas kena seluk kali kedua tadi, when Dr Ummul said nak induce ke? of course lah tak nak, semua orang nak it happens naturally even Dr Ummul pun cakap baliklah dulu esok lets see how. Namun setelah selukan kali kedua, contraction Melda kembali semula, kali ni tak rasa nak terberak dah. Tapi dia sakit... je memanjang tapi masih boleh berjalan. Suami kata nak makan KFC dulu before balik. Oklah, tahanlah sakit ni teman dia makan KFC. Kakak Melda macam biasa ada sekali sebab dia paling excited nak tengok baby. Dialah duk melayan husband Melda sambil makan, Melda dah tak boleh nak borak dah time tu. Memang headphones on dengar surah Yusuf, Maryam etc Dah habis makan, suami kata jom kita pergi Hospital Sg Buloh tanya advice Doc goverment pulak.

12am 12/08/2015
Sampai di Hospital Sg Buloh. Melda terlelap masa otw ke sini sebab nak bg reduce contraction pain tu. Sesampainya di sini. Ramainya manusia kat ruang legar register wad bersalin ni. Kebetulan sampai je kat sini contraction makin kuat. Dalam hati, Ya Allah kalau nak bersalin, bersalin jelah kat sini tak tahan dah nak ulang alik Hospital banyak kali. Dh sampai depan register, kena tunggu giliran dulu, ada akak ni minta nak admit sebab ada prob apa tah kurang dengar dah masa tu. 15 minit jugaklah tunggu nurse kat kaunter tu registerkan si akak ni. My first impression about goverment hospital at that time was " -________-' ". Sampai je turn Melda, memang masa tu sumpah tak terlarat nak bercakap apa-apa. Melda suruh suami tolong cakapkan, nurse tu nak kita sendiri yang cakap. Oklah fine, beritahu nama, IC, kenapa datang and suddenly nurse cakap, "Oh bilik waiting kita full, bilik bersalin pun full. Kalau dah register mungkin turn dalam pukul 6am nanti kena tunggu atas kerusi dahulu even dah 6cm bukaan pun kena tunggu atas kerusi. Bukaan dah berapa?" Terus menitis airmataku. Tak kisahlah nak kena tunggu pun sebab memang rasa nak bersalin dah time tu walaupun dalam fikiran masa tu duk terfikir katil je sebab nak tergolek untuk reduce pain ni. Then baru Melda realize abang-abang yang kat ruang legar ni merupakan para suami yang isteri dia tengah berjuang kat dalam wad bersalin tu. Husband Melda mungkin dah kesian sangat tengok Melda time ni, boleh pulak aku menangis depan akak tu. I cant help it, dah sakit sangat masa tu. T T So he decided to bring me balik Shah Alam, dia tak nak isteri dia duduk atas kerusi tahan sakit katanya, Ala soo sweet suami saya. =')

1am
Sampai di rumah kami di Damansara. Tak jadi balik Shah Alam sebab masa balik daripada Hospital Sungai Buloh tu rasa Shah Alam tu jauuuuuuuhhh sangat! Jadi sesampainya di rumah, terus bergolek dengan harapan sakit tu reduce. Terus ambil ipad buka youtube surah Maryam, Yusuf etc. Cubaan untuk tidur gagal, sebab sakit tu kurang tapi tak hilang dan dalam masa beberapa minit sakit yang kuat datang. Dia berselang-seli. Masa ni memang macam setengah nyawa. Terus teringat belum solat isyak tadi, amik wuduk tersengguk-sengguk, solat duduk dan rasanya itulah merupakan solat yang paling khusyuk dan syahdu selama saya hidup T T.

3am
Tak berjaya jugak tidur. Suami cuba buat lawak nak entertain lah kononya. Nasihat saya, kalau isteri tengah sakit bersalin tolong jangan buat lawak hambar! memang tak lawak langsung, rasa nak baling kasut lagi ada! hahahha! TIBA2 rasa nak teran. teringat kakak sulong kata kalau rasa nak meneran tu standbylah. Tapi diri ni still kata belum kot ni rasa nak buang air besar ni. So bangunlah pergi toilet niat nak membuang, tiba-tiba darah mengalir dicelah peha, terus hilang mengantuk! Cepat-cepat panggil si suami dengan nada blurr "Sayang! Darah I dah keluar." terus si suami siram kan darah tu, cuci-cuci semua, tukar baju dengan kelam kabut tetapi dengan pergerakan yang perlahan menuju ke kereta.

4am
Dalam kereta ada hati nak tidur ya. Memang tak tidur cuma tidur-tidur ayam, sempat jeling meter suami bawak 140 masa tu kat NKVE menuju Shah Alam. Tangan kiri duk pegang pemegang kat atas tu sambil tahan nak meneran. nasiblah pagi-pagi buta. kalau lunch time? terberanak lah aku dalam kereta ni T T. Setibanya di Umra, nak turun kereta pun tak larat. Rasa dah nak meneran sangat! Suami terus bergegas nak ambil kerusi roda. Tak ada maknanya nak tunggu kerusi roda tu, sebab sakit sangat, gigih bangun jalan sambil tahan nak meneran. Ingatkan boleh la terus naik labour room, rupanya kena register jugak dengan muka meneran ni. Masa tu sebab sakitkan, rasa nak marah akak tu tanya "Puan dah nak bersalin ke?" Lepas akak tu dah jumpa file, terus dia tolak naik ke labour room. Dalam labour room tu ada dua orang nurse, busy preparing tapi mata ni duk mencari Doktor. "Doktor mana lah doktor ni tak kerja ke kalau emergency ni (cakap dalam hati)."Then sorang nurse ni cakap doktor on her way. Around 20 minit macam tu doktor sampai. Terus dia check bukaan and she said "Dah boleh bersalin." Fuhh leganya sampai lupa tanya berapa cm dah buka :p Kesian suami terpaksa tengok sebab dia nak lari mana pagi-pagi buta ni :p sebab before ni dia kata dia takut nak tengok. hahahaha dan sesi meneran pun bermula. Kakak ipar melda ada 3 orang anak, 3-3 tak terkoyak! hebatkan? haa nanti melda share apa tips yang dia bagi tahu. Masa meneran tu tak sedar pun doktor gunting atau tak sebab mindset nak baby cepat keluar. Kenapa doktor gunting? cuba tengok sini . Ada sebabnya, takut koyak tu boleh panjang hingga ke lubang dubur. So to avoid that, they need to cut sikit.

4.45am
Lebih kurang 15 minit sesi meneran, Alhamdulillah. Lahirlah seorang makhluk Allah yang teramat comel, sempurna sifat dan merengek beberapa saat setelah keluar. Masih segar bunyi tu :') Lepas tengok baby, toleh belah kanan tengok muka suami yang trauma mix happy sebab baby dah safely keluar. Menggigil tangan dia masa nak potong tali pusat tu. hehe The moment cannot be describe. It was amazingly beautiful =') Sempat tanya Doc, "panjang tak koyak?" she said sikit jer. Geli sikit masa dia jahit but no worries masa tu tak sakit dah. Tengok baby kat sebelah lega sejuk je hati :) Overall nurse-nurse and Doctors di Umra sangat friendly dan membantu. Bilik Melda sangat selesa. Ok next post Melda nak share benda penting. Tq for reading :)



2.88kg
4.45am
Nur Melora Melriff @ Melor



Nantikan post-post pengalaman ketika berpantang dan tips-tips berguna untuk ibu mengandung :)
Ps: Kalau rajin :p









You Might Also Like

0 comments

Subscribe

Followers

Youtube Channel