PERKARA PENTING SEBELUM MASUK KE LABOR ROOM

Monday, November 02, 2015

Sebelum Melda nak list down perkara penting yang perlu para bakal ibu tahu, post ini merupakan sambungan daripada post sebelumnya.

PERTAMA



Siapkan barang-barang kelengkapan bayi sebelum anda bersalin, dah bersalin nanti tak ada maknanya nanti nak pergi beli barang tu masa dalam pantang. Trust me, lepas bersalin nanti nak berdiri 1 minit pun tak selesa. Pantang means rehat. NO SHOPPING LAST MINIT! Sebabnya jangan assume husband kita tahu nak beli apa. They'll be clueless even dah ada list dalam tangan. Misalnya, nak beli diaper. Brand apa yang elok, size apa, karang terbeli size S dah kena beli semula size New Born. Jangan over spend, nak pakai sebulan dua je pun. So here is the check list:-

For yourself (ibu):

Nursing bra, Nursing T-Shirt 4x (lengan panjang kalau boleh)
✔ 2x Cardigan/Sweater (buttons for easy bfeeding)
✔ Instant Shawl (hijabi)
Maternity Pad (beli yang 20pcs dah cukup but depends pada flow nifas msg2. Lepas tu pakai pad biasa je)
✔ 3x Kain batik (senang nak membuang :p)
✔ 2x Stokin panjang yang tebal
✔ 10x Disposable Panties (senang terus buang)
Bengkung Moden (sebab perut akan lembik dan jatuh)
✔ BREAST PUMP! (pengajaran buat melda sebab susu lambat keluar even Melor dah direct feed, menyesal tak bawak hari tu. 4 days after baru bengkak susu.)
Nipple Shield (opt for bfeeding)
✔ Thermos (Optional)
✔ Any 3 in 1 packet drinks (nanti haus gila lepas meneran)
✔ Oat biscuits
✔ Toiletries (minyak angin dengan bio oil/vco jangan lupa!)
Air Selusuh (minta suami bacakan)

For baby:

✔ 5x Rompers NB (senang one set no need booties)
✔ 2x Mittens (avoid scratches, kuku baby panjang)
✔ Snowcap (optional)
✔ 3x Receiving blanket
✔ 60x Diapers (ni penting, nurse akan minta setiap kali dia pooped. Make sure beli yang size NEW BORN bukan S ok! Antara diaper yang Bagus adalah Mamypoko, Petpet, Drypers.)
✔ 1x Wet Tissue


KEDUA





Prepare yourself for delivery, shavelah apa yang patut untuk senang tak menyusahkan orang nanti. Pergilah waxing ke apa sebab pernah terbaca ada nurse terpaksa shavekan and ada juga case doktor lelaki marah sebab tak shave. Maigadd malunya!


KETIGA



Perineum massage boleh dilakukan seawal 34 minggu. Ini adalah tips untuk elak koyak berlebihan ataupun kalau anda bernasib baik, tak koyak langsung macam kak ipar Melda (salut) kalau frequently buat massage ni 2kali sehari menggunakan vco (Virgin coconut oil). Banyak brand vco sekarang ni, Tanamera, Dherbs, Tropika etc. Nasihat Melda, belilah yang boleh dimakan, because another tips daripada kakak ipar is to eat 1 tablespoon or 2 twice daily. Minyak vco ni kalau boleh makan, confirm boleh buat sapu. Macam Melda, Melda beli di Ikano Power Center, level LG sebelah kedai Bratpack brand Biococo. 
RM69 
250ml
(melda beli bottle tgh tu )


Melda akan asingkan to another bottle for perineum massage. Yelah ni kan kita nak makan better jaga kebersihan. Yang paling bagusnya, minyak ni tak habis sampai lah Melor dah dua bulan ni. After delivery Melda sapu dekat Melor if she got minor rashes. InshaaAllah sembuh lah nanti. No need poisonous cream. =)

UPDATE! Jadi setelah menggunakan minyak kelapa dara top to toe sehingga ke hari ni to Melora, i find it hard to bring this bottle yang agak besar dan tak travel friendly, jadi terhasillah #MeloraCocoOil hanya Rm10/30ml, siapa nak order, boleh contact whatsapp directly ya http://melorabeautycare.wasap.my/




KEEMPAT

Beranak ni kita tak tahu bila dan di mana, kadang plan nak beranak di Hospital yang kita selalu checkup. Tapi kalau emergency case macam Melda, from my house to Umra takes around 35 mins. Hari tu nasiblah sempat dan timing pun masa traffic kosong. Cubalah once a while checkup di mana-mana Hospital berdekatan dengan rumah atau tempat kerja because later on bila dah 35 weeks above, Doctor dah tak accept untuk buat checkup. Nak beranak dekat sesetengah Hospital ni kena at least datang dua kali checkup eventhough kita bawa buku kita ke Hospital tu. Ini untuk kemudahan Doctor dan pesakit as they will already know if para ibu ni ada komplikasi atau tidak. Like me, the nearest Hospital is Tropicana Medical Center. Masa tanya pasal emergency labor ni lah mereka explain kena atleast before 35 weeks macam tu atau datang dua kali checkup. Macam tu pulakkan? Imagine kalau dah emergency sangat.

Next post melda nak share pasal penyusuan pertama kali. =) Thats all for today. Tq for reading.

xoxo M.


You Might Also Like

0 comments

Subscribe

Followers

Youtube Channel